Ditubuhkan pada tahun 2005, RHB Islamic Bank Berhad merupakan bank Islam Malaysia yang pertama yang telah menerima lesen perbankan Islam melalui pendekatan tingkap dibawah kumpulan perbankan komersial.

Sebagai anak syarikat milik penuh RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank merupakan pemacu utama perniagaan dalam perbankan Syariah, dengan mengambil manfaat daripada keupayaan, komitmen dan sinergi Kumpulan Perbankan RHB.

RHB Islamic Bank telah memperoleh kedudukan yang baik dalam industri kewangan dengan menawarkan produk-produk dan pelbagai jenis penyelesaian kewangan yang patuh Syariah mengikut piawaian global melalui tiga (3) perniagaan utamanya iaitu Kumpulan Perbankan Runcit & Komersial, Kumpulan Perbankan Kewangan Global dan Kumpulan Perbankan Pelaburan & Korporat.

Waktu Operasi

8:45 pagi – 5:45 pagi

 

Hotline

03 – 9206 8118

 

Website URL

https://www.rhbgroup.com/