Dalam perundangan Islam, wakaf ialah mengkhususkan sesuatu aset (mawquf) oleh pewakaf (waqif) untuk diuruskan oleh pengurus wakaf (mutawalli) melalui suatu dokumen undang-undang (waqfiyyah) bahawa pendapatan atau manfaat aset tersebut memberi faedah kepada penerima wakaf (mawquf alaih) atau digunakan untuk tujuan yang dinyatakan.

Wakaf seakan sama dengan dengan endowmen, amanah atau yayasan kecuali ianya mestilah mematuhi peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip Shariah. Antara perbezaan-perbezaan tersebut ialah:

  1. Wakaf biasanya bersifat kekal manakala endowmen, amanah dan yayasan boleh terhenti atau mempunyai peruntukan untuk dibubarkan atau ditamatkan.
  2. Terdapat keadaan yang sangat terhad terhad di mana aset wakaf boleh dikembalikan manakala pengasas kepada endowmen, amanah atau yayasan boleh meletakkan syarat untuk pengembalian harta tersebut.
  3. Aktiviti wakaf mestilah mematuhi Shariah, manakala bagi endowmen, amanah atau yayasan, syarat tersebut tidak semestinya terpakai.

AIBIM atau Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1996. Sehingga hari ini, ia mempunyai 26 ahli termasuk 6 buah bank yang terlibat dengan inisiatif myWakaf.

Ahli-ahli yang terlibat dalam inisiatif ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Untuk mewujudkan sinergi antara Majlis Agama Islam Negeri (MAIN – pemegang amanah tunggal Wakaf) dan bank-bank Islam dalam membangunkan projek wakaf yang dinamik dan progresif.
  2. Untuk memperkemaskan aspek-aspek ketelusan, akauntabiliti dan kawal-selia yang efektif dalam pengurusan kewangan dana wakaf.
  3. Untuk memaksimakan kutipan dana wakaf melalui saluran perbankan yang inovatif dan efektif.

Anda boleh merujuk kepada maklumat projek di laman sesawang myWakaf

Sumbangan boleh dibuat melalui saluran-saluran seperti berikut:

  1. JomPay
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter
  4. Mesin ATM
  5. Mesin CDM

Ya. Anda masih boleh membuat sumbangan dengan menggunakan JomPAY sebagai cara pembayaran. Kod Jompay Biller membolehkan anda membuat sumbangan melalui lebih 40 buah bank yang terlibat.

Sekiranya projek tersebut memaparkan nombor akaun bank, anda boleh membuat sumbangan kepada akaun bank terbabit secara terus menggunakan IBT (Interbank Fund Transfer).

Ya. Tiada halangan untuk orang bukan Muslim membuat sumbangan ke myWakaf. Penderma dapat membantu masyarakat selain mendapat manfaat dari segi material sebagai contoh pengecualian cukai (jika ada).

MAIN akan menjadi pemegang amanah utama dan pemilik kesemua aset wakaf di Malaysia. Namun, manfaat daripada aset wakaf tersebut boleh dinikmati oleh semua orang (Muslim dan bukan Muslim), mana yang berkenaan.

Entiti korporat boleh membuat sumbangan melalui JomPAY. Jika amaun sumbangan adalah besar dan terdapat permintaan untuk liputan media, anda boleh menghubungi sekretariat myWakaf untuk membantu anda apabila diperlukan.

a. Potongan gaji anda boleh dibuat tertakluk kepada persetujuan majikan anda. Anda boleh berbincang dengan majikan anda untuk memindahkan sumbangan bulanan anda ke dalam akaun wakaf pilihan anda.

b. Anda juga boleh membuat sumbangan tetap melalui Standing Instructions (“SI”) dari akaun bank anda terus ke dalam dana wakaf yang anda pilih.

Amaun minimum adalah RM10 manakala amaun maksimum tertakluk kepada had harian yang telah ditetapkan oleh kaedah-kaedah pembayaran seperti JomPAY, Internet Biller dan pindahan ATM yang terdapat di setiap bank.

Ya. Tiada halangan untuk seseorang dari sesebuah negeri membuat sumbangan ke negeri yang lain melalui saluran perbankan.

myWakaf akan mengemaskini prestasi dana dalam portal dan laman sosial Facebook dari semasa ke semasa. Anda boleh merujuk maklumat tentang projek berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai projek tersebut.

Hal ehwal wakaf terletak di bawah bidang kuasa MAIN. Oleh itu, AIBIM hanya dapat bekerjasama dengan MAIN yang sudah menandatangani perjanjian kerjasama Strategik dengan AIBIM. Kami akan menambah projek-projek terbaru dari negeri-negeri lain dari semasa ke semasa sebaik sahaja perjanjian tersebut ditandatangani oleh MAIN yang terlibat.