MENGENAI KAMI

  • Bank Negara Malaysia (BNM) dibawah Pelan Induk Sektor Kewangan 2011-2020 menggariskan keperluan rangkuman kewangan (financial inclusion) untuk memperkasakan masyarakat dengan perkhidmatan perbankan.
  • myWakaf merupakan instrumen ekonomi yang berasaskan nilai filantropidi dalam menjayakan objektifnya iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan dan bantuan yang berkualiti dalam memenuhi keperluan mereka demi kemakmuran bersama.
  • Wakaf yang berada dalam bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah satu instrumen penting bagi rangkuman kewangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memaksimumkan potensinya, wakaf perlu diurus dengan cekap dan profesional.
  • Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islami Malaysia (AIBIM) telah menggalakkan Bank-bank Islam untuk bekerjasama dan menyeragamkan pelan tindakan Inisiatif Dana Wakaf di antara Bank-bank Islam dan MAIN dalam membangunkan potensi wakaf dan memperkasa ekonomi ummah di Malaysia. Buat masa ini, terdapat enam Bank-bank Islam yang terlibat di dalam pelaksanaan wakaf iaitu Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Malaysia Berhad.

MAIN

Bank- bank Islam

  • Agenda pembudayaan wakaf nasional.
  • Sumber kewangan pembangunan aset wakaf sedia ada.
  • Mewujudkan aset-aset wakaf baru.
  • Sinergi kepakaran pelaburan strategik daripada bank.
  • Satu lagi inisiatif perbankan berasaskan nilai (value based banking).
  • Memanfaatkan saluran perbankan untuk memberi peluang kepada pelanggan berwakaf.
  • Keberkatan dalam perniagaan dan memperkasa ekonomi ummah.
  • Dana Wakaf adalah wang dari infak individu dan korporat bertujuan untuk memastikan kelangsungan dana prinsipal dan pada masa yang sama menghasilkan pendapatan yang akan digunakan untuk manfaat masyarakat. Pelaksanaan Projek Wakaf haruslah memenuhi kriteria berikut:
  1. Memberi kesan ekonomi segera kepada ummah (outcome based).
  2. Nilai tambah yang mampu menarik kelompok pewakaf baharu.
  3. Hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama.
  4. Projek sedia ada MAIN yang memenuhi kriteria atau projek yang baharu dikenalpasti.
  5. Mampu mewujudkan kesah kejayaan dalam masa tiga tahun dari pelancaran.
  • Pelaksanaan Dana Wakaf adalah melalui projek-projek yang dipersetujui berdasarkan sektor berikut:
aibim icon 4

Pendidikan

Mengurus, menyediakan atau membiayai usaha pendidikan / penyelidikan, seperti berikut:

  • infrastruktur/ peralatan
  • penyelidikan/ pembelajaran/ latihan
  • biasiswa/ dermasiswa
aibim icon 5

Kesihatan

Mengurus, menyediakan atau membiayai usaha berkenaan kesihatan seperti berikut:

  • infrastruktur/ peralatan
  • yuran perkhidmatan/ rawatan
aibim icon 7

Pelaburan

Untuk mengumpul dana dan mengurus pelaburan melalui:

  • aktiviti-aktiviti penjanaan dana
  • pelaburan hartanah
  • instrument kewangan
aibim icon 6

Pemerkasaan ekonomi

Mengurus, menyediakan atau membiayai usaha pemerkasaan ekonomi seperti berikut:

  • bantuan mula perniagaan
  • perniagaan sedia ada

This Code of Governance and Transparency for Waqf Fund is formulated to assist and provide guidance to the IBs to adopt good practices in dealing with the management of the waqf fund. The objectives of this Code are as follows:

  • to facilitate the orderly development and operationalisation of waqf fund that are consistent with the Shariah requirements;
  • to establish a strong oversight process in order to safeguard the interest of the participating IBs, SIRCs and other stakeholders;
  • to outline the prudential requirements in order to support sound risk management of waqf fund, which is consistent with the IBs risk management policy and strategic intent; and
  • to set out the minimum disclosure requirements that will instill public confidence and facilitate informed decision making by the JMC.

For details, please click here.

OBJEKTIF myWakaf

  • Menjalinkan sinergi di antara MAIN dan Bank-bank Islam untuk mewujudkan projek wakaf yang dinamik dan progresif.

  • Mempertingkatkan ketelusan, akauntabiliti dan kawal selia berkesan ke atas hal-hal kewangan dana wakaf.

  • Memaksimakan pembangunan wakaf dan saluran perbankan yang inovatif dan efektif.

INFORMASI KORPORAT

NO. PARTICIPATING BANKS MEMBER
1. Bank Islam Bank Berhad
  1. En. Mohd Nazri Chik – Pengerusi
  2. En. Mohd Zikri Mohd Shairy
2. Maybank Islamic Bank Berhad
  1. En. Munawwaruzzaman Mahmud – Timbalan Pengerusi
  2. En. Azhar Alias
3. Affin Islamic Bank Berhad
  1. En. Mohd Faiz Rahim
  2. En. Helmi Afizal Zainal
4. Bank Rakyat
  1. En. Mohd Zamerey Abdul Razak
  2. Puan Raqeeah Mohamed
5. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  1. En. Mohd Hafiz Fauzi
  2. Puan Wan Nuraihan Hj Ab Shatar
6. RHB Islamic Bank Berhad
  1. En. Ahmad Mukarrami Ab Mumin
  2. En. Adi Hanif Mohamed