Sekolah Menengah Islam Seremban (SMI Seremban)
Negeri Sembilan, Malaysia
- Sasaran Kutipan
RM5,000,000.00
-
Kutipan Terkini
RM241,721.24
Sektor
Pendidikan
Tujuan
Membiayai pemindahan dan pembinaan Sekolah Menengah Islam (SMI) Seremban (Sekolah) ke tanah wakaf yang diwartakan terletak di Lot 29470 & Lot 3649 Kg Panchor, Mukim Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Bangunan sedia ada tidak dapat memuatkan semua pelajar justeru terdapat keperluan mendesak untuk mempunyai kemudahan yang lebih besar berikutan peningkatan jumlah enrolmen pelajar baharu.
Untuk makluman, Sekolah tersebut merupakan sekolah swasta di bawah Yayasan Takmir-Pendidikan yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan. Sekolah ini menawarkan silibus akademik, agama dan tahfiz bersepadu kepada pelajar. Ditubuhkan pada 1989, ia mula beroperasi dengan 27 pelajar dan hanya 2 guru. Pada masa ini, terdapat seramai 1,240 murid termasuk murid prasekolah, rendah dan menengah.
Impak
Projek itu dijangka memanfaatkan sekitar 200-300 pelajar menengah.
Pecahan Kos
No | Item | Kos (RM) |
---|---|---|
1 | Pendahuluan | 210,915.00 |
2 | Cerucuk & Asasi Khas | 550,630.00 |
3 | Bangunan | 1,927,205.00 |
4 | Perkhidmatan Dalaman | 445,875.00 |
5 | Perkhidmatan Luaran (Infra M & E) | 551,228.00 |
6 | Kerja-kerja Infrastruktur | 3,415,997.00 |
7 | Peralatan makmal dan perabot terbina dalam | 147,170.00 |
8 | Contribution fee to local & utility authority | 362,451.00 |
9 | Pelbagai | 41,000.00 |
10 | Luar jangka | 144,981.00 |
11 | Yuran penyeliaan & profesional | 768,397.00 |
Jumlah | 8,565,849.00 |
Tarikh Mula
13 November 2019
Ahli JMC
Chairman:
Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir - Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Committee Member:
1. SS Dato' Mohd Yusof Haji Ahmad - Mufti Negeri Sembilan
2. Dato' Nor Azmi Musa - Ketua Pegawai Operasi, PBMaINS
3. Peer Mohamed Ibramsha - Ketua Pegawai Operasi, Bank Muamalat
4. Azzerol Effendi Abdul Kadir - Ketua, Jabatan Kewangan, PBMaINS
5. Mohd Zamri Pardi - Pengurus Wilayah (Selatan), Bank Muamalat
