Wakaf Bot
Perak, Malaysia
- Sasaran Kutipan
RM200,000.00
-
Kutipan Terkini
RM93,305.65
Sektor
Pemerkasaan Komuniti
Tujuan
Untuk membeli satu (1) bot berkapasiti tinggi (30 kaki x 8 kaki dengan 115 kuasa kuda) dan peralatan untuk meneroka kawasan laut yang lebih dalam untuk nelayan di Manjung, Perak.
Hasil daripada penyewaan akan digunakan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebahagian daripadanya akan digunakan sebagai modal untuk membina/memperoleh bot baharu dengan spesifikasi yang sama untuk kegunaan nelayan di kawasan yang sama.
Impak
Bagi membolehkan nelayan terpilih di bawah Persatuan Nelayan Manjung Selatan (Persatuan) di Manjung Perak menyewa bot dan menerokai kawasan laut yang lebih dalam sekali gus meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.
Tarikh Mula
05 November 2018
Pembekal yang dilantik oleh MAIPk
- Bina/Peroleh Bot : Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Kejuruteraan Marin Malaysia (UniKL-MIMET)
- Penyelenggaraan Bot : Persatuan Nelayan Manjung Selatan
Ahli JMC
Pengerusi:
Dato' Mohamed Rafique Merican Mohamed Wahiduddin Merican - Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Islamik
Ahli Jawatankuasa:
1. Shahrul Azam Shaari - Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk
2. Wan Maizura Wan Zahari - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk
3. Ustaz Munawwaruzzaman Mahmud - Ketua, Pengurusan Syariah, Maybank Islamic
4. Idham Sabki Baharum - Ketua, Akaun Pelaburan, Maybank Islamic
