MBSB Bank Berhad telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan Perbankan Islam. MBSB Bank dikawal selia dan diawasi oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013.

MBSB Bank Berhad, sebuah bank yang menjalankan Perbankan Islam sepenuhnya, diperbadankan pada 28 November 2005 dan merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Building Society Berhad.

Pada 6 November 2017, MBSB telah menandatangani Perjanjian Saham & Pembelian dengan pemegang saham Asian Finance Bank Berhad (“AFB / Vendors”) untuk cadangan pengambilalihan oleh MBSB bagi keseluruhan kepentingan ekuiti dalam AFB untuk pertimbangan pembelian agregat sebanyak RM644,952,807.66 dengan cara tunai berjumlah RM396,894,036.26 dan pengeluaran 225,507,974 Saham Pertimbangan pada harga terbitan RM1.10 setiap Saham Pertimbangan (“Perolehan”).

Perolehan ini telah diluluskan oleh pemegang saham MBSB pada 23 Januari 2018. Para pemegang saham juga meluluskan pemindahan Aset dan Liabiliti yang Patuh Syariah MBSB kepada AFB melalui Skim Pengaturan Ahli.

Selaras dengan kelulusan yang disebutkan dan setelah selesai pemindahan saham dan pembayaran baki pertimbangan pembelian kepada Vendor, AFB menjadi anak syarikat milik penuh Malaysia Building Society Berhad pada 7 Februari 2018.

AFB telah membuat penjenaman semula dan pada 2 APRIL 2018 ia menukar namanya kepada MBSB Bank Berhad.

Waktu Operasi

9.00 a.m – 4.30 p.m

 

Hotline

1300885300

 

Website URL

www.mbsbbank.com