Majlis Amal Dana Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah(HTF) Kangar, Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menganjurkan Majlis Amal Dana Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis pada 14 Februari 2020 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Di antara matlamat utama penganjuran majlis amal ini adalah untuk mengumpulkan dana wakaf bagi membiayai kos pembangunan kemudahan dan prasarana pusat dialisis…