Perkhidmatan Hemodialisis HTF

Bank Islam Malaysia BHD

Perlis, Malaysia

  • Sasaran Kutipan

    RM6,000,000.00

  • Kutipan Terkini

    RM6,000,000.00

Kutipan Terkini:
100% (Selesai)
Perkembangan Projek:
100% (Selesai)
×

Borang myWakaf

Saya telah membaca dan bersetuju dengan segala Terma dan Syarat

-Nilai minimum setiap project adalah RM 10.00
-Nilai Wakaf tidak boleh melebihi RM 30,000.00
-Setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM 0.50

BACK

About the campaign creator

×
Bank Muamalat
Kelantan, Malaysia
0 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Latar Belakang Kempen

Pusat hemodialisis Waqf di Perlis akan diuruskan dan ditadbir secara profesional oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar apabila selesai. Ia akan memberi manfaat kepada ribuan pesakit buah pinggang kronik.

Projek ini adalah mercu tanda Islam di sektor penjagaan kesihatan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis terutama di kalangan asnaf fuqara dan juga orang bukan Islam yang kurang bernasib baik.

Kerja pembinaan bangunan waqf MAIPs-HTF Service ("Pusat") telah bermula pada 3 April 2018 dan dijangka siap pada 2 Oktober 2019. Pusat ini merupakan bangunan dua tingkat dengan ruang lantai 1,822 m2 yang sesuai kapasiti 66 katil. Ia akan menjadi pusat hemodialisis terbesar di Perlis.

 

Pernyataan Permasalahan

Sehingga kini, terdapat hanya empat pusat hemodialisis yang telah ditubuhkan di seluruh negeri Perlis. Dengan pembukaan pusat baru ini, kecekapan perkhidmatan rawatan dapat ditingkatkan dengan mempersingkat jangka waktu giliran para pesakit. Di samping itu, ia boleh meningkatkan jumlah pesakit serta mengendalikan rawatan hemodialisis dengan kerap.

 

Projek Impak

Beri keutamaan kepada pesakit buah pinggang kronik di kalangan asnaf di bawah bantuan MAIPs serta pesakit bukan Islam dari masyarakat yang kurang bernasib baik;
Pesakit akan mendapat rawatan hemodialisis pada dasarnya tepat pada masanya, melalui kemudahan dan perkhidmatan yang baik;
Memberi akses kepada pesakit untuk diberi rawatan daripada pembantu dan pegawai perubatan yang terlatih.

 

Ahli JMC

Penjaga Diraja:
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail - Yang Dipertua MAIPs

Pengerusi:
Dato Dr Faisal bin Ibrahim - Pengerusi, JK Pengurusan Wakaf MAIPs

Timbalan Pengerusi:
Ustaz Mohd Nazri Chik – Pengurus Besar Perhubungan Strategik, BIMB

Ahli Jawatankuasa:
1.Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor - Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPs
2.Ustaz Nazri Md Rejab - Ketua, Pembangunan Hartanah & Mal Waqf, MAIPs
3.Ahmad Fauzi Mohd Akhir - Ketua Pejabat Serantau, Wilayah Utara, BIMB
4.Zolkepeli Sabawas - Pengurus Perhubungan, Pengurusan Tunai, BIMB

Perkembangan Projek