Inap Wakaf

Bank Muamalat Malaysia Bhd

Kedah, Malaysia

  • Sasaran Kutipan

    RM2,400,000.00

  • Kutipan Terkini

    RM23,415.00

Kutipan Terkini:
1%
Perkembangan Projek:
0%
×

Borang myWakaf

Saya telah membaca dan bersetuju dengan segala Terma dan Syarat

-Nilai minimum setiap project adalah RM 10.00
-Nilai Wakaf tidak boleh melebihi RM 30,000.00
-Setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM 0.50

BACK
Tunaikan Wakaf

About the campaign creator

×
Bank Muamalat
Kelantan, Malaysia
0 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Latar Belakang Kempen

Sektor

Pendidikan

Tujuan

Membina bangunan 3 tingkat untuk Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah bagi tujuan asrama dan rumah tumpangan. Ia akan dibina di atas tanah wakaf yang terletak di Lot 3716 Bandar Alor Setar, Kota Setar, Kedah, kira-kira 1.5 kilometer dari Maktab Mahmud.

Untuk makluman, Maktab Mahmud (Sekolah) merupakan sebuah institusi pendidikan menengah yang terkenal dengan rekod pencapaian cemerlang dalam pendidikan Islam. Disebabkan permintaan tinggi daripada ibu bapa di seluruh negara untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah, asrama sekarang tidak dapat menampung keperluan semua pelajar.

Impak

Setelah siap, asrama ini dijangka dapat menampung sekurang-kurangnya 150 pelajar pada satu-satu masa untuk Sekolah. Asrama akan ditukar kepada homestay atau rumah tumpangan semasa cuti sekolah untuk menjana pendapatan. Pendapatan tersebut akan digunakan sebagai kos operasi untuk Sekolah. Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui penciptaan pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti serta pelancongan.

Pecahan Kos

Berikut adalah anggaran kos untuk membina bangunan 3 tingkat.

No Item Kos (RM)
1 Pendahuluan 100,000.00
2 Kerja-kerja Cerucuk 150,000.00
3 Kerja-kerja Bangunan 1,484,880.00
4 Kerja Mekanikal & Elektrik 150,000.00
5 Pembersihan tapak dan kerja tanah 10,000.00
6 Merobohkan bangunan & pagar sedia ada 3,000.00
7 Bekalan air utama 3,000.00
8 Pembetungan dan IST 5,000.00
9 Longkang dan Pembentung 22,500.00
10 Jalan masuk 8,000.00
11 Perolehan 2 pintu pagar dan pemasangan 10,000.00
12 Pagar keselamatan 25,800.00
13 Perabot 150,000.00
14 Yuran Kemahiran 212,218.00
15 Cukai perkhidmatan 12,733.08
16 Bayaran caruman kepada pihak berkuasa tempatan & utiliti 20,000.00
Jumlah 2,367,131.08

Tarikh Mula

11 November 2019

Kontraktor yang dilantik oleh MAIK Kedah

  • Kontraktor : RashdanmdSalleh Architect

Ahli JMC

Pengerusi
Professor Dato' Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti - Presiden, Persatuan Dunia Graduan Al-Azhar Malaysia

Ahli Jawatankuasa
1. SS Dato' Sheikh Fadzil Haji Awang - Mufti Kedah
2. Dato' Setia Jaya Dato' Paduka Sheikh Hasbullah Haji Abd Halim - Timbalan Yang Dipertua MAIK Kedah
3. Dato' Haji Abd Rahman Haji Ismail - Setiausaha MAIK Kedah
4. Muhamad Radzuan Ab Rahman - Ketua Divisyen Pengurusan Kredit, Bank Muamalat
5. Azman Mohd Shuib - Manager, Pengurus Serantau (Utara), Bank Muamalat

Perkembangan Projek