Pusat Hemodialisis MAIDAM

Bank Rakyat

Terengganu, Malaysia

  • Sasaran Kutipan

    RM952,740.00

  • Kutipan Terkini

    RM952,740.00

Kutipan Terkini:
100% (Selesai)
Perkembangan Projek:
90%
×

Borang myWakaf

Saya telah membaca dan bersetuju dengan segala Terma dan Syarat

-Nilai minimum setiap project adalah RM 10.00
-Nilai Wakaf tidak boleh melebihi RM 30,000.00
-Setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM 0.50

BACK

About the campaign creator

×
Bank Muamalat
Kelantan, Malaysia
0 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Latar Belakang Kempen

Selaras dengan penubuhan Pusat Hemodialisis MAIDAM berkonsepkan wakaf, pusat ini akan beroperasi di tanah yang telah diwakafkan. Lokasi hartanah tersebut merupakan kawasan strategik yang akan ditetapkan oleh MAIDAM. Tujuan wakaf bagi tanah tersebut adalah wakaf am seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal ketiga 2010. Selain itu, kemudahan lain seperti tempat parkir turut disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat. Anggaran kasar operasi Pusat Hemodialisis MAIDAM bagi fasa pertama dalam jangka masa tiga tahun pertama ialah RM 770,740.00 yang mana peruntukan dana wakaf hanya melibatkan kos peralatan perubatan iaitu berjumlah RM701,780.00 dan kos peralatan bukan perubatan berjumlah RM68,960.00. Bagi kos pengurusan pula, pihak Hospital Kuala Terengganu menganggarkan bayaran pengurusan sebanyak RM 872,364.00 dengan melibatkan pengambilan sembilan orang staf dan bayaran ini terlebih dahulu akan ditanggung melalui peruntukan zakat. Setelah hasil manfaat bagi tabung wakaf berkembang, maka kos pengurusan akan ditanggung melalui tabung ini.

 

Pernyataan Permasalahan

Setiap tahun tidak kurang daripada 150 kes pesakit buah pinggang dicatatkan di Kuala Terengganu dengan minimum 30 pesakit dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rawatan dialisis. Bagi tahun 2018, rekod mencatatkan seramai 580 orang pesakit sedang menerima rawatan. Perkhidmatan yang terhad di hospital kerajaan dan pusat hemodialisis swasta di samping penambahan bilangan pesakit setiap tahun menyebabkan inisiatif ini dilihat sebagai langkah yang sangat relevan.

 

Projek Impak

i. Mengurangkan bilangan pesakit dalam senarai menunggu.
ii. Membantu pesakit baharu dan sedia ada untuk mendapatkan rawatan dialisis yang terbaik.
iii. Membantu golongan miskin meningkatkan tahap kesihatan pada kadar kos yang rendah.

 

Ahli JMC

Pengerusi YBhg. Dato� Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM Timbalan Pengerusi YBhg. Dr. Mohammad Hanis Osman � Timbalan Ketua Pegawai Operasi, BKRMB Setiausaha Ustaz Muhammad Ridwan bin Mohd Nor � Ketua Penolong Setiausaha MAIDAM Penolong Setiausaha Ustaz Wan Mohd Nahar bin Othman � Ketua Wakaf BKRMB Ahli Jawatankuasa 1. Tuan Haji M. Rozi Bidin - Ketua Pegawai Operasi MAIDAM 2. En. Saidi Bin Salleh @Sulong � Timbalan Ketua Pegawai Operasi MAIDAM 3. Encik Nizam Sani - Chief Marketing Communication Officer BKRMB 4. Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak - Ketua, Pematuhan Syariah BKRMB

Perkembangan Projek