Wakaf Bot

Maybank Islamic Bhd

Perak, Malaysia

  • Sasaran Kutipan

    RM200,000.00

  • Kutipan Terkini

    RM73,796.00

Kutipan Terkini:
37%
Perkembangan Projek:
0%
×

Borang myWakaf

Saya telah membaca dan bersetuju dengan segala Terma dan Syarat

-Nilai minimum setiap project adalah RM 10.00
-Nilai Wakaf tidak boleh melebihi RM 30,000.00
-Setiap transaksi akan dicaj sebanyak RM 0.50

BACK
Tunaikan Wakaf

About the campaign creator

×
Bank Muamalat
Kelantan, Malaysia
0 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Latar Belakang Kempen

Wakaf bot diwujudkan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan nelayan terutamanya nelayan pesisiran pantai. Dana WPAR akan digunakan bagi menyediakan bot dan kelengkapannya termasuk enjin, pukat dan sonar bagi membolehkan para nelayan menerokai kawasan laut yang lebih dalam seterusnya boleh meningkatkan hasil tangkapan. Penerima manfaat bagi projek ini adalah nelayan pesisiran pantai. Dana WPAR akan digunakan untuk membeli bot beserta kelengkapan dan akan diserahkan kepada Persatuan/Koperasi Nelayan sebagai Pengurus Projek untuk dimanfaatkan kepada nelayan. Sebahagian hasil sewaan ini akan digunakan untuk penyelenggaraan bot berkenaan dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot baru. Model wakaf bot ini akan memberi manfaat berterusan kepada golongan nelayan dan meningkatkan daya saing koperasi masyarakat Islam dengan penambahan pemilikan aset iaitu bot.

 

Pernyataan Permasalahan

Terdapat seramai 8000 orang nelayan yang berdaftar di negeri Perak dan majoritinya adalah Bumiputera Muslim. Walaubagaimanapun, kurang daripada 1% daripada komuniti nelayan yang memiliki bot berkapasiti tinggi adalah bumiputera Muslim di negeri Perak. Kesannya, komuniti nelayan Muslim ini tidak mampu memperkasakan ekonomi keluarga serta bersaing dalam industri perikanan di negeri Perak. Statistik menunjukkan bahawa hanya 6% sahaja daripada komuniti nelayan di Malaysia yang mempunyai pendapatan serumah sebanyak RM1,000-RM1,200. Manakala majoritinya iaitu 41% hanyalah memperoleh pendapatan sekitar RM500 dan 29% daripada mereka mempunyai pendapatan bawah RM400. Oleh itu jelaslah bahawa golongan nelayan ini terutamanya Bumiputera Muslim wajar diberikan bantuan untuk membolehkan mereka menjana pendapatan yang mampu menambah baik ekonomi mereka.

 

Projek Impak

Nelayan mampu memperkasakan ekonomi keluarga serta bersaing dalam industri perikanan di negeri Perak, Nelayan boleh menyewa bot pada kadar yang rendah berbanding kadar biasa, Membantu nelayan untuk memperoleh hasil keuntungan pada kadar yang maksimum, dan Memupuk umat Islam untuk berwakaf bagi membantu saudara seislam.

 

Ahli JMC

Pengerusi:
Dato Mohamed Rafique Merican Mohamed Wahiduddin Merican - Ketua Pegawai Eksekutif MIB

Ahli Jawatankuasa:
1.Shahrul Azam Shaari - Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk
2.Wan Maizura Wan Zahari - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk
3.Ustaz Munawwaruzzaman Mahmud - Ketua Pengurusan Syariah, MIB
4.Mohd Idham Baharum - Ketua Pasaran Global Islam, MIB

Perkembangan Projek