Bank Rakyat ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM99.22 bilion berakhir Disember 2016. Sebagai sebuah entiti di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Bank Rakyat komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur. Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 147 cawangan dengan lebih daripada 990 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 183 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Waktu Operasi

Waktu urus niaga bagi cawangan yang hari rehat mingguan jatuh pada hari Ahad:

Isnin – Khamis
9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat

Semenanjung
9.00 pagi – 12.45 tengah hari
2.30 petang – 5.15 petang

Sabah/Sarawak
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
1.45 tengah hari – 5.15 petang

 

Waktu urus niaga bagi cawangan yang hari rehat mingguan jatuh pada hari Jumaat:

Ahad – Rabu
9.00 pagi – 5.00 petang

Khamis
9.00 pagi – 4.30 petang

 

Hotline

1-300-80-5454

 

Website URL

www.bankrakyat.com.my