Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) adalah sebuah insitusi kewangan Islam sepenuhnya yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad. Bank Muamalat mempunyai 62 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 240 lokasi seluruh negara.

Waktu Operasi

Isnin – Khamis: 9.30am to 4.30pm

Jumaat: 9.30am to 12.30pm; 2.30pm to 4.15pm

 

Hotline

1-300-88-8787

 

Website URL

www.muamalat.com.my