Perkhidmatan Hemodialisis HTF

Bank Islam

Perlis, Malaysia

  • Goal

    RM6,000,000.00

  • Raised

    RM1,167,224.30

  • Time Remaining

    326 days left

Raised:
19.45%
Minimum amount is RM10 Maximum amount is RM0 Waqf Now

About the campaign creator

×
Bank Islam
Perlis, Malaysia
3 Campaigns | 0 Loved campaigns

Contact Info

Social Link

Penerangan

Pusat hemodialisis wakaf di Perlis akan diurus secara profesional dan ditadbir oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar setelah siap dibangunkan. Ia akan memberi manfaat kepada beribu-ribu pesakit kronik buah pinggang.

Projek ini merupakan mercu tanda Islam dalam sektor penjagaan kesihatan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis terutama di kalangan asnaf fuqara’ dan masakin serta masyarakat bukan muslim yang kurang berkemampuan.

Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis HTF (“Pusat”) telah memulakan kerja-kerja pembinaannya pada 3 April 2018 dan dijangka selesai pada 2 Oktober 2019. Pusat ini merupakan bangunan dua tingkat dengan keluasan lantai 1,822 m² yang mempunyai kapasiti 66 katil. Ia akan menjadi pusat hemodialisis terbesar di Perlis.

 

Pernyataan Masalah

Setakat ini, hanya terdapat empat buah pusat hemodialisis yang diwujudkan di seluruh negeri Perlis. Dengan pembukaan pusat baharu ini, kecekapan perkhidmatan rawatan dapat dipertingkatkan dengan memendekkan tempoh giliran di kalangan pesakit. Di samping itu ia dapat menerima lebih ramai pesakit dan menjalankan rawatan hemodialisis dengan lebih kerap.

 

Mekanisma/ Pengurusan Projek

  • MAIPs bertanggungjawab untuk menguruskan pembinaan Pusat ini di tanah yang dimiliki oleh HTF.
  • Apabila selesai, Pusat ini akan diuruskan secara profesional dan dikendalikan oleh HTF.
  • Badan Pengurusan Bersama yang terdiri daripada wakil daripada MAIPs, HTF serta pakar dan ahli profesional yang relevan ditubuhkan bagi mentadbir urus hal ehwal berkaitan dengan Pusat ini.

 

Impak Projek

  • Memberi keutamaan kepada pesakit buah pinggang kronik di kalangan asnaf di bawah bantuan MAIPs dan masyarakat bukan muslim yang kurang berkemampuan.
  • Pesakit akan mendapat rawatan hemodialisis pada masa yang tepat dan kerap melalui kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan melalui pembantu dan pegawai perubatan yang terlatih.

 

Ahli JPB

Penaung DiRaja:
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

 

Pengerusi:

Y.Bhg. Dato’ Dr Faisal bin Ibrahim – Chairman, JK Pengurusan Wakaf MAIPs

Ahli Jawatankuasa:

Ustaz Mohd Nazri bin Chik (Deputy Chairman) – Chief Shariah Officer, Bank Islam Malaysia Berhad
Ustaz Mohd Nazim bin Mohd Noor – Chief Executive Officer, MAIPs
Ustaz Nazri bin Md Rejab – Head, Waqf Property & Mal Development, MAIPs
Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Akhir – Head of Regional Office, Northern Region, Bank Islam Malaysia Berhad
Encik Zolkepeli bin Sabawas – Relationship Manager, Cash Management, Bank Islam Malaysia Berhad